Sunday, November 18, 2012

DOA ADALAH SENJATA UMAT ISLAM

Assalammualaikum :]

Hai,
First saya nak cakap yang saya memang dah lama sangat sangat dan sangat tak buka blog ni. Rindu pula nak updatekan. So, sementara ada masa yang terluang ni, update je la kan. Haha.

Sekarang kita digemparkan lagi dengan berita tentang orang orang Palestin yang sedang menderita akibat perbuatan kejam terrorist. Ini bukan tindakan tidak puas hati mereka, tetapi ini perbuatan yang tidak berperikemanusiaan. Kalau kita tengok gambar gambar budak kecil atau orang orang dewasa di sana. Memang betul betul menyayat hati. Memang siapa yang tengok mesti menangis.

Tapi nak buat macam mana kan. Kita dekat sini mana mampu nak bantu dari segi fizikal, jadi sebagai umat Islam. Kita mempunyai senjata yang sangat kuat iaitu, DOA. Doa dari orang Islam adalah salah satu senjata yang tidak dapat ditandingi dengan apa apa pun. Kalau satu doa itu dimakbulkan oleh Allah mengikut kehendakNya, tidak mustahil sesuatu tu akan berlaku. 

Jadi dengan kesempatan ini, saya memohon kepada semua umat Islam supaya mendoakan kesejahteraan dan keamanan orang orang Palestin disana. Aaaamiinnnnnnnn.

p/s: InsyaAllah, doa umat Islam akan dimakbulkan. Terima kasih :']

No comments:

Post a Comment