Assalammualaikum. Hi.
Watak utama : Sen Ji (Perempuan)
Rakan watak utama : Asy (Lelaki)
Bermula sebuah kisah...
SPM habis, macam biasa budak-budak baru lepas SPM apa dalam fikiran diaorang hanya satu. "NAK BALIK!" "NAK MAKAN MAGGI!" "NAK KARAOKE!" "MOVIE MARATHON!" "NAK TIDUR (paling common)" "BEGHAPA HARI AKU TAK TIDUR WEH (jetjet study kaw kaw)"
'Hanya satu' hangguk kau! kk.
Lepas je satu hari after SPM habis, budak-budak ni semua telah pun digelar sebagai 'penganggur'.
Yang Sen Ji sedang sibuk dengan barang elektronik dia sebab happy dapat explore apps baru dekat play store yang selama ni dia tahan, walaupun nampak macam apa je tapi ada sebab kenapa dia suka explore benda macam tu.
Yang Asy pula, matahari dah terpacak sejengkal atas kepala pun still terbongkang tidur siap lengkap dengan peta sekali. Selepas penat Sen Ji meng-explore segala bagai apps sampai nak pening kepala dia ni hadap depan screen je. Dia try call kawan merangkap bestfriend forever katanya, Asy.
Dialing...
Lama Sen Ji tunggu di talian. Tapi still tak angkat. Mana taknya, budak baru balik dari berperang besar semalam selama sebulan. Penatnya tak terkatalah. Padahal. Jadi Sen Ji ambil keputusan untuk makan. Selepas 1 jam kemudian, dia cuba untuk telefon kembali Asy,
Dialing...
Sen Ji dah menyirap sambil mencarut dalam bahasa dia, dia ambil keputusan untuk terus pergi ke rumah Asy. Setiba sahaja di rumah Asy, Sen Ji beri salam.
"Assalammualaikum!!!!!!"
*beri salam seperti 'Assalammualaikum' di benarkan bagi orang bukan Islam untuk memberi dan seperti biasa wajib dijawab. Islam mempunyai keistimewaan untuk memberi salam 'Assalammualaikum warah matullah hiwabarokatu' dan Islam wajib untuk membalas salam 'Waalaikummussalam warah matullah hiwabarokatu' dan bukan Islam hanya membalas 'Waalaikummussalam'. (Fakta ini apa yang saya tahu dan sumber daripada seorang penceramah di sekolah dulu, maaf jika tersalah fakta, sila tegur, terima kasih)
Sebanyak tiga kali Sen Ji beri salam masih tidak ada yang menyahut. Dia cuba untuk telefon kembali Asy. Tiba-tiba Sen Ji terdengar bunyi yang sayup-sayup seperti lagu Melayu (Sandiwara Cinta- Republik)
Dia mencari-cari bunyi tersebut, tak lama kemudian bunyi itu semakin hampir apabila Sen Ji menghampiri ke arah longkang yang berdekatan dengan rumah Asy.
Secara tiba-tiba, Sen Ji terkejut beruk apabila nampak Asy sedang terbaring. Dia kejut Asy, dengan selengenya Asy bangun seperti tiada apa yang berlaku dan berkata "aku dekat mana? (seperti drama melayu apabila tersedar di hospital walaupun pesakit tahu dia berada di mana)"
Dengan tidak bersalahnya, Sen Ji menampar lalu berkata, " Kau buat apa tidur dekat sini?!"
Asy, "semalam lepas kita balik sekolah, kau balik rumah kau, aku balik rumah aku. Time tengah jalan elok baik punya aku seret beg nak kasi konyak (sebab dah tak sekolah dah) tetiba je pap! Hitam je"
Sen Ji, "habis canne kau boleh ada dalam longkang ni? takkan tak ingat apa apa?"
Asy, " *berfikir* weh weh Sen Ji aku dah ingat!"
Sen Ji, "HAA APA APA?!"
Asy, "time kau cakap bye dekat aku, aku baru teringat yang aku lupa jalan balik"
Selepas itu, Sen Ji berlalu pergi dan Asy masih dalam keadaan bingung dan cuba mengingat kembali jalan pulang kerumahnya. (jarak antara rumah Asy dan longkang tersebut hanya dalam jarak 2m)
p/s : Cerita ini hanya rekaan semata-mata, maaf jika ada kesilapan, sila tegur, semua ini hanya gurauan dan tiada kaitan dengan sesiapa pun. Terima kasih, Assalammualaikum :)